TEATER Tok Janggut 13 Liang adalah wadah tepat untuk menyatakan kisah perjuangan Haji Hassan Panglima Mat Munas membela kedaulatan agama, bangsa dan tanah air suatu ketika dahulu, layak diangkat ke layar perak. Naskhah diadaptasi dari novel Perwira, karya agung Sasterawan Negara, Allahyarham S. Othman Kelantan itu bukan hanya sarat dengan semangat patriotisme dan mesej perjuangan bangsa, malah mendedahkan komplot politik jahat penjajah bersama tali barutnya yang jarang sekali didedahkan. Kesemua…