Kenapa harus dimalukan? Bukankah itu suatu yang baik? Ia mampu menghindarkan fitnah dan menghapuskan syak-wasangka orang. Malah yang paling utama, ia menyenangkan hati anak-anak. Anak-anak cuma mahu melepaskan tanggungjawab mereka. Tidak baik tuduh sebegitu. Mereka semua bertanggungjawab. Segala keperluanmu, mereka yang sediakan. Cuma mereka tidak boleh selalu berada di sampingmu kerana punya tanggungjawab lain di luar. Mereka ada tanggungjawab pada keluarga mereka sendiri. Mereka bekerja. Kerja itu untuk menanggung keluarga.…