Kerajaan Melaka mahu hidupkan semula Adat Perpatih

Kerajaan Melaka mahu hidupkan semula Adat Perpatih

AB. RAUF Yusoh menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kompleks JKKN Melaka, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri akan membuat kajian menyeluruh untuk menghidupkan semula Adat Perpatih bagi diwarisi generasi akan datang khususnya pengamal adat itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Adat Perpatih dipercayai hilang dari negeri ini selepas Enakmen Undang Naning dipadamkan pada 1993.

Menurutnya, Naning adalah warisan budaya daripada konsep Undang yang terdapat di Negeri Sembilan.

Katanya, selepas negara mencapai kemerdekaan, Undang Naning telah diberikan tugas untuk menguruskan Adat Istiadat Perpatih di Melaka.

“Ramai tidak mengetahui bahawa Melaka terbahagi kepada dua budaya iaitu Adat Perpatih di sebelah darat manakala di sebelah pantai adalah Adat Temenggung. Orang sebelah darat mengamalkan Adat Perpatih dari Asahan hingga ke Lubok Cina.

“Di sini adat budaya dan peradabannya mengikut Adat Istiadat Perpatih, cakapnya cakap Negeri Sembilan. Kalau pergi ke sana (sebelah darat) tak ada perkataan ‘hawau’ tetapi peradaban sebelah pantai kerap menggunakan perkataan ‘hawau’, tetapi adalah malang Adat Perpatih dulu dikawal selia oleh seorang Undang Naning,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Puisi Malaysia Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Puisi Insani, Melestari Malaysia Madani’ di Auditorium Tun Sri Lanang, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ab. Rauf berkata, beliau bercadang untuk mewujudkan semula Rumah Adat Perpatih Melaka yang terletak di Alor Gajah.

Menurutnya, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman telah diminta menilai dan menghidupkan semula balai adat itu termasuk di sepanjang koridor Adat Perpatih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya