Kredit: Cef eksekutif, Aidiyusman Mohamad Yushoff, Restoran Gustoso, Parkroyal Penang Resort
Sudah jemu dengan hidangan nasi yang sama setiap hari? Minggu ini Seri bawakan resipi risotto udang atau gamberoni.
Menu klasik Itali ini pasti memikat selera seisi keluarga dengan teksturnya yang berkrim dan sentuhan udang segar yang enak.
Sebagai pelengkap rasa, hidangkan bersama salad arugula segar. Selamat mencuba!
Bahan-bahan
• 160 gram beras arborio
• 4 ekor udang
• 50 gram kacang pis
• 1 biji bawang merah kecil (dicincang halus)
• 2 ulas bawang putih (dicincang)
• 1 sudu besar minyak zaitun
• 20 gram mentega
• 700 mililiter stok sayur/ ayam
• 25 gram keju pecorino (diparut)
• 15 gram keju parmesan (diparut)
• Beberapa helai daun selasih segar
• Beberapa titis minyak truffle
• Garam secukup rasa
• Lada hitam secukup rasa
Cara penyediaan
• Panaskan stok dalam periuk.
• Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga naik bau.
• Masukkan beras arborio dan kacau selama seminit.
• Tuang stok panas sedikit demi sedikit sambil dikacau berterusan.
• Selepas 12 minit, masukkan kacang pis dan teruskan memasak.
• Masak hingga risotto berkrim dan sedikit kenyal (antara 16 hingga 18 minit).
• Tutup api, kemudian gaul rata dengan mentega, keju pecorino dan parmesan. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
• Masak udang dengan sedikit minyak zaitun hingga keperangan.
• Letakkan udang dan salad arugula di atas risotto kemudian renjiskan minyak truffle.
• Hiaskan dengan daun selasih segar dan lada hitam kasar (ditumbuk).
• Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan salad arugula
• 1 bekas daun arugula (salad roket)
• 1 sudu kecil minyak zaitun
• 1 sudu kecil jus lemon
• Sedikit garam laut
• Sedikit hirisan keju pecorino
Cara penyediaan salad aragula
• Gaul arugula dengan minyak zaitun, jus lemon, garam dan pecorino.










