Pulut kuning rendang daging

Pulut kuning rendang daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gabungan dua menu tradisi ini tidak pernah menjemukan, malah sentiasa ditunggu-tunggu ramai.

Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan ketika kenduri, majlis kesyukuran dan sambutan hari raya.

Bagi yang buntu memikirkan menu untuk dicuba hujung minggu ini, pulut kuning bersama rendang daging sememangnya pilihan tepat untuk dinikmati seisi keluarga.

Kredit: Saleha Abdullah

Lokasi: Nasi Lemak Saleha

Bahan-bahan pulut kuning
• 3 cawan beras pulut
• 1 cawan santan pekat
• 2 cawan air
• 1 sudu teh garam
• 1 sudu teh serbuk kunyit
• 2 helai daun pandan

Cara penyediaan pulut kuning
• Rendam beras pulut selama empat jam sebelum
ditoskan.
• Gaulkan bersama serbuk
kunyit dan kukus selama
20 minit.
• Panaskan santan bersama garam dan daun pandan.
• Curahkan santan ke atas
pulut dan gaul rata sebelum dikukus semula sehingga masak.

Bahan-bahan rendang daging
• 500 gram daging lembu
• 1 cawan santan pekat
• 2 batang serai (dititik)
• 3 helai daun limau purut
• 1 keping asam gelugur
• Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
• 6 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci lengkuas
• 10 tangkai cili kering
(direbus)

Cara penyediaan rendang daging
• Tumiskan bahan kisar
sehingga naik bau.
• Masukkan serai, daun
limau purut dan daging lembu.
• Kacau sehingga daging berubah warna sebelum dimasukkan santan.
• Tambahkan garam, gula dan asam gelugur.
• Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan daging empuk.
• Sedia untuk dihidangkan bersama pulut kuning.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN