Capati, dalca kambing kedai mamak

Capati, dalca kambing kedai mamak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masyarakat Malaysia memang gemar makan di kedai mamak, sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau malam.

Pelbagai menu ditawarkan, daripada roti hingga nasi kandar, sekali gus menjadikannya antara tempat kegemaran ramai.

Minggu ini Seri kongsikan satu resipi popular di kedai mamak iaitu capati bersama dalca kambing.

Kredit: Arma Mohd. Faizal Abu Bakar

Instagram: @armafyzal

 

Bahan doh:
600 gram tepung atta
100 gram minyak sapi (untuk dilenserkan pada capati)
1/2 sudu kecil garam
Air suam secukupnya untuk menguli doh

Cara penyediaan:
1. Gaulkan tepung atta bersama garam dan air suam secukupnya. Uli sehingga doh lembut.
2. Bebolakan doh seberat 50 gram setiap satu dan rehatkan selama 30 minit.
3. Canai doh hingga nipis, kemudian masak di atas kuali leper. Lenserkan minyak sapi ketika memasak.
Angkat capati apabila bertukar keperangan dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan dalca kambing:
400 gram kacang dal (direndam semalaman dan direbus sehingga empuk)
12 ulas bawang merah (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 inci halia (dikisar halus)
3 tangkai daun kari (ambil daun)
2 biji kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
serbuk cili
180 gram rempah kari daging (dijadikan pes)
4 biji ubi kentang (dipotong kiub)
2 biji terung bulat (dipotong kiub)
1 biji lobak merah (dipotong kiub)
100 gram kacang panjang(dipotong 5cm panjang)
5 biji bendi (dipotong 2 sentimeter panjang)
500 mililiter santan segar
1 kilogram daging kambing (dipotong kiub)
2 cawan minyak (untuk menumis)
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga harum dan kekuningan.
2. Masukkan pes kari dan pes serbuk cili, tumis sehingga rempah garing serta pecah minyak.
3. Masukkan daging kambing dan ubi kentang. Kacau rata dan masak hingga daging serta ubi lembut.
4. Tuangkan santan, kemudian masukkan kacang dal, terung bulat dan lobak merah. Masak hingga separuh lembut sebelum ditambah kacang panjang dan bendi.
5. Setelah semua sayur masak, tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Biarkan kuah mendidih sebelum dihidangkan bersama capati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN