Setiap kali Ramadan, daging kerutuk menjadi antara hidangan yang paling diburu ramai.
Seolah-olah tidak lengkap suasana berbuka tanpa menikmati menu warisan pantai timur ini.
Apatah lagi dengan kelazatan dan aroma rempah-ratusnya yang memikat, lantas membuatkan setiap suapan terasa begitu istimewa.
Bahan-bahan:
• 800 gram daging minang (dihiris kasar)
• 45 gram rempah kerutuk
• 40 gram rempah
4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
• 8 gram biji ketumbar
• 35 gram cili kering
(rebus dan kisar halus)
• 50 gram kerisik
• 350ml santan
• 50 gram serai (dititih)
• 200ml minyak jagung
Bahan kisar:
• 90 gram bawang merah
• 45 gram bawang putih
• 35 gram halia
Perasa:
• 65 gram gula nisan
• 20 gram garam
• 400-550ml air
Hiasan:
• Cili merah
• Lobak merah (potong ala-ala bunga)
• Daun pisang (untuk alas)
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan, cili kering kisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah kerutuk yang dibancuh air, tumis lagi sehingga harum.
3. Masukkan daging dan gaul rata sehingga berubah warna. Tambah sedikit air dan masak dengan api perlahan sehingga daging empuk (lebih kurang 1jam 30 mint).
4. Masukkan santan, kerisik, gula nisan dan asam keping.
5. Masak sehingga kuah menjadi pekat, terbit minyak dan daging benar-benar lembut.
Terima kasih : Eksekutif sous cef
Lokasi : Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (diuruskan oleh The St. Regis Langkawi)










