KITA semua pasti pernah menerima panggilan mengejut daripada keluarga atau saudara yang ingin berkunjung ke rumah secara tiba-tiba, terutama pada hujung minggu. Situasi sebegini sering membuatkan tuan rumah kelam-kabut memikirkan menu yang sesuai untuk dihidangkan. Apa kata cuba popia sira pedas? Kudapan ini mudah disediakan, cepat dan enak untuk dinikmati bersama tetamu. Bahan-bahan: -Kulit popia secukupnya -Lobak merah (dihiris halus) -Kubis (dihiris halus) -Minyak masak (untuk menggoreng) -1 cawan gula…










