PETALING JAYA: EG’s Wok Kitchen tampil dengan kelainan tersendiri untuk memikat citarasa pelanggan dengan menawarkan restoran makanan kasual berkonsepkan Eropah.
Restoran yang beroperasi di The Campus, Ampang itu menawarkan hidangan masakan panas yang disesuaikan dengan sandwich gaya United Kingdom (UK) buat pelanggannya.
Pemilik EG’s Wok Kitchen, Rizwana Bashir Ahmad berkata, pelanggan boleh mencipta hidangan mengikut citarasa mereka dengan memilih daripada pelbagai pilihan mengikut citarasa sendiri.
“Idea pembukaan EG’s Wok Kitchen ini tercetus apabila saya teringatkan restoran dan makanan di tempat saya belajar dahulu di Cardiff University, Wales UK dalam bidang kejuruteraan.
“Kita mempunyai pilihan asas yang terdiri daripada enam pilihan karbohidrat seperti nasi, kuey teow, mee hoon, mi kuning atau kottu paratha.
“Pelanggan juga boleh memilih satu daripada empat jenis protein seperti tauhu, kek ikan, isi ayam, kerang, ketam batang, daging lembu, udang atau sotong.
“Selain itu, pelanggan boleh memilih satu daripada empat jenis ‘topping’ iaitu minyak cili, bijan, bawang goreng, daun bawang, ikan bilis, telur goreng, atau ebiko,” katanya.

Menurut Rizwana, dengan lebih daripada 12,960 kombinasi unik yang boleh dipilih, setiap hidangan di EG’s Wok Kitchen adalah benar-benar disesuaikan mengikut citarasa individu.
Restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan menawarkan perkhidmatan makan di restoran, bawa pulang, serta penghantaran melalui platform.
Dalam majlis pembukaan rasmi baru-baru ini, Rizwana turut menjemput penyanyi popular Hael Husaini untuk menyanyikan dua buah lagu sebagai gimik pelancaran.
“Terima kasih kepada EG’s Wok Kitchen kerana sudi menjemput saya pada hari istimewa mereka.
“Makanan yang disediakan semuanya sedap dan kena dengan selera. Saya puji keberanian pemilik restoran menjalankan perniagaan ini dan mendoakan kejayaan mereka,” kata Hael.-UTUSAN