Hampir segalanya butter di Jibril - Utusan Malaysia

Hampir segalanya butter di Jibril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAYA tersendiri dengan menu berbeza serta mempunyai rasa yang enak.
Kunjungan saya ke restoran Jibril yang terletak di SS15 Subang Jaya baru-baru ini memberi satu keunikan tersendiri.
Manakan tidak, sebaik kaki melangkah ke dalam restoran, terasa suasana santai dan sesuai untuk bersama keluarga mahupun rakan-rakan biarpun seperti berada di sebuah bar.
Apa yang pasti, walaupun seakan-akan di sebuah bar, Jibril menyediakan menu halal dan berkonsepkan mesra Muslim serta tidak menghidangkan sebarang minuman keras.
Bagi mereka yang mahu mencuba masakan di sini, menu yang menjadi tarikan dan wajib dicuba sudah semestinya pelbagai hidangan yang dimasak bersama mentega.
Sebagai contoh, hidangan seperti nasi butter combo memberi kelainan daripada kebiasaan dan amat memuaskan hati.
Hidangan ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan makanan laut kerana ia didatangkan bersama sotong, ayam dan udang. Malah, adunan bersama cili tidak terlalu banyak memberikan rasa sebati untuk dimakan bersama mentega yang secara lazimnya akan mendatangkan muak.
Bagi mereka yang sukakan makanan pedas boleh memesan untuk menambah cili dalam hidangan anda.
Selain itu, bahan-bahan tersebut juga digoreng dengan baik dengan adunan mentega yang dicampur bersama telur masin.
Walaupun menu ini kelihatan ringkas, gabungan sotong, ayam dan udang dengan saiz hidangan yang agak besar cukup memberikan rasa kenyang.
Untuk pelanggan yang mahu menikmati masakan Barat, hidangan butter chicken chop pasta perlu dicuba.
Hampir sama dengan nasi butter combo, menu ini juga sesuai kerana adunan kuahnya bersama mentega diletakkan di atas ayam yang digoreng.
Tidak lengkap kunjungan ke Jibril dan bukanlah satu pengalaman manis tanpa menikmati pencuci mulut di sini tanpa memesan roti croissant telur masin dan pisang goreng XL.
Kedua-dua menu ini dihidangkan panas-panas dan ditambah ais krim kelapa yang pasti membuatkan sesiapa sahaja mahu mencubanya.
Dalam pada itu, Pengurus Akmyr Ahmad Azwan berkata, walaupun Jibril agak biasa bagi kebanyakan rakyat di negara ini, nama restoran tersebut mempunyai sejarah tersendiri.
“Nama ini tercetus sewaktu pelajar undang-undang mengadakan teater untuk mempamerkan kes di mahkamah. Jibril Azym watak peguam autisme yang mempunyai minda cerdas yang mana dia boleh membaca fikiran serta menyelesaikan kes dengan cara yang tidak konvensional.
“Apabila saya memulakan perniagaan restoran pada 2015, saya membayangkan restoran ini tempat Jibril akan melepak. Canggih, tidak konvensional dan mudah diakses,” jelasnya.
Restoran dibuka setiap hari ini turut mempunyai dua cawangan lain termasuk di Bangi dan Publika. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya