Kadar kematian sakit jantung dua kali ganda di musim pandemik - Utusan Malaysia

Kadar kematian sakit jantung dua kali ganda di musim pandemik

Dr. Mohd. Ridzuan Mohd. Said
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Fenomena serangan jantung di musim pandemik Covid-19, yang menjurus kepada kematian si pesakit, meningkat dua kali ganda sekali gus mencetus kebimbangan.”
Ini fakta dikongsi Pakar Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Timbalan Prof. Dr. Mohd. Ridzuan Mohd. Said kepada Mingguan Malaysia, baru-baru ini. Kenyataan beliau ini mendorong persoalan, kenapa hal ini berlaku?

LATAR BELAKANG
Katanya, serangan jantung disebabkan oleh saluran darah jantung tersumbat akibat daripada proses aterosklerosis.
“Pemendapan plak bahan berlemak yang berlaku ke atas salur darah menyebabkan saluran darah jantung menjadi sempit dan berisiko untuk tersumbat.
“Gejala yang sering kali dirasai oleh pesakit ketika serangan jantung adalah sakit di bahagian tengah dada digambarkan sebagai perasaan ditimpa benda berat dan dikaitkan dengan susah pernafasan, berpeluh dan juga rasa loya,” katanya.
Mohd. Ridzuan menjelaskan, statistik yang dikeluarkan pada tahun 2020 melaporkan serangan jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia dan secara purata, 50 rakyat meninggal dunia disebabkan oleh serangan jantung setiap hari.

SERANGAN JANTUNG DI KALA PANDEMIK
Katanya, ketika pandemik Covid-19, kadar kematian disebabkan oleh serangan jantung meningkat dua kali ganda berdasarkan kajian terbaru, dan komplikasi seperti penyakit kegagalan jantung juga didapati bertambah.
“Peningkatan komplikasi serangan jantung adalah disebabkan pesakit lewat untuk mendapatkan rawatan perubatan dan keadaan ini lebih ketara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Stigma terhadap kes jangkitan Covid-19 di hospital juga mempengaruhi kehadiran pesakit untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

PANDEMIK TAMBAH RISIKO PESAKIT JANTUNG
Menjelaskan lanjut, beliau berkata faktor yang menyumbang kepada peningkatan serangan jantung adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, terutamanya ketika musim PKP.
“Disebabkan keterbatasan ruang, kebanyakan individu kurang melakukan aktiviti fizikal, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan tidak sihat, tabiat merokok dan sebagainya.

Menurut laman web health.clevelandclinic.org, dalam rencana “12 Heart-Healthy Foods to Work into Your Diet”, berikut makanan disarankan untuk jantung sihat
 Ikan kaya omega-3 seperti tuna, kembung, herring dan trout
 Kekacang yang sihat seperti badam dan walnut
 Buah beri yang kaya phytonutrient seperti blueberries, strawberi dan raspberries
 Biji chia (chia seeds)
 Oat
 Kekacang lentil seperti garbanzo, pinto, kacang hitam dan lain-lain yang kaya dengan serat dan vitamin-B
 Produk soya
 Sayuran hijau
 Sayuran berwarna merah, oren dan kuning seperti lobak, lada benggala dan tomato

“Coronary Artery Disease Diet: Foods to Eat and Foods to Avoid”, menjelaskan beberapa makanan yang harus dielak bagi jantung yang sihat:
 Mentega
 Kuah pekat yang penuh perasa (gravy)
 Krimer bukan tenusu
 Makanan bergoreng
 Daging diproses
 Produk pastri
 Bahagian potongan daging yang tinggi lemak
 Makanan ringan seperti kerepek kentang dan aiskrim

Menurut laman health.gov, beberapa tips untuk kekalkan jantung yang sihat adalah:

 Amalkan pemakanan sihat
Kekal aktif
Kekalkan berat badan yang seimbang
 Hentikan amalan merokok
 Kawal kadar kolestrol
 Kawal tekanan secara profesional, dapatkan nasihat pakar

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.