MENELUSURI keindahan pantai Amalfi dalam media sosial membuatkan hati saya dan keluarga melonjak-lonjak mahu menjejakkan kaki ke lokasi tercantik di Itali itu pada suatu hari nanti. Bangunan-bangunan berwarna-warni di lereng-lereng curam menghadap laut biru dengan reka bentuk Rom dan zaman kuno, disulami seni bina tempatan menjadikan kami cukup teruja. Keunikan sedemikian menjadikan pesisiran pantai berkenaan menjadi pilihan pengarah filem antarabangsa termasuk dari Hollywood dan Bollywood sebagai lokasi penggambaran filem-filem terkenal…










