Lokasi bazar tak sesuai cetus kesesakan? - Utusan Malaysia

Lokasi bazar tak sesuai cetus kesesakan?

Bazar Ramadan sering menjadi pilihan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kesesakan lalu lintas di ibu kota memang bukan cerita baharu. Umum tahu bagaimana keadaannya, terutamanya pada waktu puncak. Namun setiap kali tiba Ramadan, kesesakan itu semakin menjadi-jadi.

Perjalanan saya sejauh 30 kilometer dari Gombak ke Petaling Jaya (PJ) pada pukul 5 petang boleh mencecah hingga dua jam lebih. Menghadiri acara berbuka puasa di Kuala Lumpur yang jaraknya hanya 10 kilometer dari PJ, baru-baru ini pun memakan masa hampir dua jam baru tiba ke lokasi.

Mood berbuka puasa dan bertemu rakan-rakan, luntur dek kepenatan bersadai dalam trafik yang statik. Sampai ke lokasi, tak sempat berborak terus berbuka puasa, solat magrib dan dapatkan maklumat diperlukan untuk bahan rencana saya.

Seolah-olah tak berbaloi dan sungguh membuang masa atas jalan. Bagaimana kalau setiap hari hadap benda sama?.

Mujur juga majikan menyediakan waktu kerja anjal. Tetapi kalau hanya satu syarikat saja yang mengotakan waktu anjal, sedangkan syarikat lain tidak, kesesakan akan tetap berlaku. Tidak susut pun jumlah kenderaan atas jalan raya.

Kesesakan jalan raya ini memberikan pelbagai kerugian kalau tiada usaha dilakukan untuk menanganinya daripada sekarang. Paling utama masa yang terbuang. Kalau masa itu dimanfaatkan dengan melakukan riadah ada baiknya.

Masa saya untuk melakukan senaman ringan di luar rumah juga selalunya tergendala sebab sampai ke rumah pun hari sudah malam. Takkanlah nak bersenam tengah maghrib atau malam? Tidak sesuai langsung dengan hidup kita sebagai manusia yang Allah berikan waktu malam untuk berehat.

Rasa tertekan berada lama dalam kenderaan turut mengundang tekanan buat individu. Bagaimana ia berlaku, tak perlu lah kita bincangkan di sini sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, bukanlah suasana menyeronokkan, biarpun kereta kita naiki itu dilengkapi pemandu atau kereta kita naiki itu kereta mewah sekalipun.

Selain bilangan kenderaan bertambah dan tidak menggunakan khidmat kenderaan awam, ada orang mendakwa, lokasi bazar Ramadan, turut menjadi antara pencetus kesesakan lalu litas.

Lebih-lebih lagi kalau bazar itu dibuka di kawasan tepi jalan utama.

Walaupun orang kata tak baik menutup rezeki orang lain, kita perlu akui lokasi sedemikian memang boleh menyebabkan trafik perlahan.

Pemandu memandu perlahan sambil mencari lokasi untuk parkir kenderaan. Belum lagi jenis yang tidak memberi isyarat untuk sama ada membelok, ke tepi atau berhenti.

Kalau nak berniaga, carilah kawasan sesuai yang tidak menganggu dan sesak, lagi menyusahkan pengguna lain.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu mainkan peranan. Bukan semua orang mahu menyinggah ke bazar.

———-

Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Rencana, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya