KEK batik antara menu pemanis mulut kegemaran ramai. Menghasilkannya tidak sukar, tetapi sukatan perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan ia terlalu manis.
Seri menampilkan Kek Batik Indulgence untuk dicuba. Sekiranya anda ingin berkongsi resipi, sila emel ke [email protected]
Terima kasih : Nik Mohd. Shariff Nik Abdul Ramahan (IG: The _Bakenik)

BAHAN-BAHAN:
600g biskut marie
200g mentega atau marjerin
1 cawan milo
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat (boleh ubah untuk kurangkan manis)
1 biji telur
1/2 cawan air panas
1 sudu kecil vanilla
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan mentega dan masukkan susu pekat.
2. Masukkan serbuk koko, milo dan air panas. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur dan vanilla. Kemudian tutup api, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul perlahan.
4. Lapik kertas baking dalam loyang sembilan atau 10 inci untuk memudahkan kek batik dikeluarkan nanti.
5. Masukkan kek batik yang siap dimasak tadi ke dalam loyang. Padatkan dan ratakan permukaannya.
6. Simpan dalam peti sejuk. Sementara itu sediakan lapisan krim keju.
7. Ratakan krim keju dan masukkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya 30 minit.
8. Akhir sekali lapiskan dengan coklat. Simpan dalam peti ais untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga jam atau semalaman sebelum dipotong.
CHOCOLATE GANACHE
BAHAN-BAHAN:
250g dark chocolate
250ml whipping cream
1 sudu besar butter
1 sudu kecil vanilla
KRIM KEJU
BAHAN-BAHAN:
250g krim keju
2 sudu besar susu pekat
250ml krim putar (putar hingga pekat).











