Bila si cilik bergaya - Utusan Malaysia

Bila si cilik bergaya

SELESA untuk beraktiviti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Segak dan comel bila si cilik bergaya sedondon bersama papa dan mama sekadar bersiar-siar atau makan-makan di hujung minggu tentu menyeronokkan.

Pilihan ditawarkan Onitsuka Tiger musim luruh dingin untuk kanak-kanak ini sememangnya bergaya.

Potongan kemas dengan fabrik berkualiti, menjadi identiti rekaannya, membuatkan ibu bapa tidak perlu risau kerana memiliki anak yang lasak.

Ini kerana lasak mereka tidak mudah merosakkan kain. Selain pakaian, ada dalam himpunan ini ialah aksesori seperti kasut.

Lebih menarik, konsep bertunjangkan For Uncommonly Cool Kids, ini menyaksikan koleksi itu menampilkan penggayaan unik dalam helaian uniseks.

Koleksi bertunjangkan keceriaan berteraskan gaya kesukanan atau sporty urban.

Ia bermula dengan komitmen mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan golongan muda dan sejak itu Onitsuka Tiger Stripes sinonim dengan salah satu jenama sukan paling terkenal di dunia.

Pada 1949, Kihachiro Onitsuka menubuhkan Onitsuka Co. Ltd. pelopor ASICS. Jenama lagenda ini terus hidup sehingga kini dalam paduan warisan Jepun dan gaya moden.

Menerusi rekaan siluet klasik diperbaharui, hinggalah kepada gaya dan kolaborasi baharu menyegarkan bersama kalangan artisan serta ahli budaya. Semangat Jepun terus bergema di setiap koleksi baru kasut, pakaian dan aksesori Onitsuka Tiger.

Bagi yang gemarkan gaya santai, ada track suit rona neon dengan perincian tepi, jaket bermotifkan cetakan harimau, kemeja-T dengan logo besar serta celana regang denim.

SEPATU.

Rekaan ini diadaptasikan ke beberapa helaian dalam koleksi ini yang mana ia membolehkan ibu dan ayah tampil bergaya sepadan dengan permata hati.

Ia menggabungkan elemen kontemporari untuk penampilan ceria, tanpa mengira jantina serta menyerlahkan gaya malar segar setiap musim.

Bagi himpunan kasut, koleksi ini mempersembahkan model tanda pengenalan Onitsuka Tiger dalam versi si kecil berkonsepkan potong dan tampal yang ceria.

Menariknya, model ditampilkan menyerlahkan grafik, membantu kanak-kanak mempelajari arah padanan kiri dan kanan.

TIPS PILIH PAKAIAN KANAK-KANAK:
Cantik sahaja tidak mencukupi untuk memiliki pakaian sesuai untuk permata hati. Berikut antara tips boleh diikuti ibu bapa dalam memilih pakaian sesuai:

• Warna – Warna cerah dan ceria membantu emosi kanak-kanak menjadi lebih riang. Kalau ingin memilih jenis bercorak, elakkan yang terlalu sarat. Kalau boleh tidak lebih daripada tiga warna dalam satu pakaian.

• Fabrik – Pilih jenis menyerap peluh seperti kapas. Selain menyerap peluh, ia lebih pasti mengurangkan rasa gatal pada kulit si kecil.

• Selesa – Pakaian berlapis-lapis boleh digayakan tetapi pastikan anak anda selesa dengan gaya itu. Kalau si manja tidak selesa sudah pasti mereka enggan memakainya.

• Usia – Segelintir ibu bapa gemar mendewasakan anak mereka dengan mengenakan pakaian tidak sesuai dengan usia mereka yang sedang lasak. Cari baju khusus untuk kanak-kanak sesuai usia mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×