USIM Healthcare Raikan Satu Dekad Perkhidmatan di AEON Mall Nilai - Utusan Malaysia

USIM Healthcare Raikan Satu Dekad Perkhidmatan di AEON Mall Nilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nilai — Sempena ulang tahun ke-10 Klinik Pakar, USIM Healthcare Sdn Bhd (UHSB) telah menganjurkan program Open Day meriah bertempat di AEON Mall Nilai pada hari Sabtu, 2 Ogos 2025. Program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang itu bertujuan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan kepakaran kesihatan kepada orang ramai.

Program ini menghimpunkan lebih 10 booth interaktif termasuk pemeriksaan kesihatan asas, servis pergigian, fisioterapi, terapi pertuturan, dan konsultasi pakar perubatan. Turut mendapat perhatian ialah pameran dan servis pergigian dari Fakulti Pergigian USIM dan Esports MedicA, aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna serta perkongsian ilmu kesihatan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi UHSB, Puan Zuhairiah Mohamad, “Kami ingin mendekati masyarakat secara langsung dan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan kesihatan yang kini ditawarkan oleh klinik kami. Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.” Antara tarikan utama ialah cabutan bertuah hadiah emas Edisi 25 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baucar sempena 10 Tahun Klinik Pakar serta sesi “Meet & Greet Pakar” bersama pakar Dermatologi, Pakar Bedah dan Pakar Perubatan Keluarga. Program ini disertai pelawat AEON Mall dan penduduk sekitar Nilai.

Inisiatif ini dijangka mampu memperkukuh jenama USIM Healthcare Sdn Bhd dan membuka peluang lebih luas untuk komuniti mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN