Sempena memperingati detik bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan sunahnya, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai buat julung kalinya menganjurkan program ‘USIM Berselawat Secara Maya’. Walaupun pandemik Covid-19 sudah memasuki gelombang ketiga, ia tidak menghalang program secara tahunan ini diadakan dengan konsep dalam talian sesuai dengan norma baharu kini. Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed berkata, USIM Berselawat diadakan bagi tujuan mengimarahkan kasih sayang…










