Covid-19: Pendaftaran kemasukan pelajar ke IPT ditangguh - Utusan Malaysia

Covid-19: Pendaftaran kemasukan pelajar ke IPT ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini diminta untuk menangguhkan dahulu pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal termasuk aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu dibuat.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam kenyataan berkata, semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak berikutan pertambahan kes baharu Covid-19 di negara ini.

Pada masa sama, katanya, pihak kementerian juga telah mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing. 

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember depan.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka  boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala  keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, semua IPT juga dicadangkan untuk menangguhkan semua program atau  aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus.

“Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan  pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing. 

“Keprihatinan dan kepekaan daripada semua pihak dalam menjaga hal ehwal kebajikan dan  kesejahteraan pelajar dan masyarakat amat diperlukan dalam menghadapi situasi semasa berkaitan pandemik Covid-19 ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya