Azza pilih pendekatan lembut, tidak campur urusan Abby Abadi - Utusan Malaysia

Azza pilih pendekatan lembut, tidak campur urusan Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Azza, memilih pendekatan secara lembut dan tidak berterus-terang dalam memberi nasihat kepada rakan, selain mengelak daripada mencampuri urusan peribadi orang lain.

Menurut Azza, setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menangani sesuatu perkara dan beliau lebih selesa memberikan ruang kepada seseorang tanpa menambahkan tekanan yang sedang dihadapi.

“Setiap orang tidak sama. Saya memilih untuk tidak berterus-terang, tetapi dengan kelembutan dan memberikan satu senyuman tanpa memberikan tekanan lagi kepada seseorang individu. Saya tidak pernah mencampuri urusan orang.

“Kalau berjumpa, saya tidak akan tanya atau bahaskan isu semasa. Lebih baik saya bercakap bagaimana hendak menjadi lebih sukses, bagaimana hendak menjadi lebih baik.

”Jauh daripada isu semasa boleh memberikan ‘vibe’ orang suka keluar dengan kita dan kawan kita lebih selesa,” katanya di Threads.

Azza berkata, pengalaman persahabatan selama tiga dekad bersama sahabatnya, Abby Abadi juga membuatkan seseorang lebih memahami cara terbaik untuk berkomunikasi dengan rakan masing-masing, termasuk mengetahui perkara yang sesuai atau tidak sesuai untuk dibincangkan ketika bersama.

“30 tahun hubungan persahabatan, kita tahu kita selesa dengan kawan kita. Kita tahu macam mana cara hendak menasihati kawan kita dan tahu dia ada kita.

“Boleh bayangkan, tak akanlah kita keluar kemudian hendak bercakap perkara isu semasa? Boleh gila kawan kita.

“Di sini kita cerita, dalam kereta kita hendak bercerita. Kita tidak boleh macam itu. Biar kawan itu selesa ketika berjumpa dengan kita. Jangan keluarkan cerita-cerita yang buat dia teringat tentang masalah dia.

“Beri dia sedikit ruang untuk dia lupa masalah ketika berjumpa kita dan buat dia gembira serta selesa untuk berjumpa dengan kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×