Kalau sudah terdesak perlukan duit, mohon sahaja mana-mana kerja - Jasmine Suraya - Utusan Malaysia

Kalau sudah terdesak perlukan duit, mohon sahaja mana-mana kerja – Jasmine Suraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Jasmine Suraya, menganggap mana-mana individu yang sedang terdesak memerlukan wang tidak sepatutnya terlalu memilih pekerjaan pada masa ini.

Jasmine atau Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 37, berkata, keadaan pasaran kerja sekarang sangat susah dan semua orang perlu berdepan dengan realiti tersebut.

Katanya, perkara paling penting ketika ini adalah memohon sahaja mana-mana kerja yang padan dengan kemahiran yang ada.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada beberapa orang rakan saya yang tengah sesak mahu gunakan duit tanya sama ada kerja itu sesuai dengan mereka atau tidak sebelum memohon. Saya cakap, kalau sudah memang perlukan duit sekarang, mohon sahaja mana-mana kerja yang sesuai dengan apa yang awak boleh buat.

“Pada masa sama, mohon juga kerja yang awak minat. Pasaran kerja sekarang sangat susah, jangan ingat kita ada banyak pilihan mahu pilih-pilih,” katanya.

Jasmine berkongsi pandangan berkenaan susulan beberapa orang rakannya sempat bertanya sama ada sesuatu kerja itu sesuai atau tidak, sedangkan mereka berada dalam situasi yang sangat memerlukan wang.

Untuk rekod, Jasmine Suraya merupakan pelakon kelahiran Kuching, Sarawak dan popular dengan drama lakonannya iaitu Adellea Sofea.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN