Tiada apa yang mengundang pun, cuba ubah pemikiran fikir yang baik-baik dulu - Bella Hanna - Utusan Malaysia

Tiada apa yang mengundang pun, cuba ubah pemikiran fikir yang baik-baik dulu – Bella Hanna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Ya ampun, ramai sudah salah faham ini.”

Demikian kata, pelakon, Bella Hanna yang juga merupakan isteri kepada aktor, Redza Rosli selepas berkongsi fotonya berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sekali gus mengundang pelbagai spekulasi semalam.

Menerusi hantaran di Threads, Bella menyifatkan sesetengah individu gemar membuat andaian buruk berbanding berfikiran positif yang sememangnya jauh lebih menenangkan.

“Manusia mudah berburuk sangka dan membuat andaian. Kadang-kadang, memilih untuk berfikir yang baik jauh lebih menenangkan.

“Tidak semua perkara perlu difahami dengan sangkaan,” tulisnya menerusi sebuah perkongsian.

Dalam masa sama, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu turut membalas komen seorang individu yang menegurnya agar lebih bijak dalam memuat naik sebarang perkongsian memandangkan dirinya seorang figura awam.

“Tiada apa yang mengundang pun, saya hanya muat naik gambar di pejabat agama saja. Cuba ubah pemikiran itu fikir yang baik-baik dulu,” katanya.

Semalam, isteri kepada Redza Rosli itu mengejutkan ramai pihak selepas memuat naik fotonya mengenakan pakaian hitam dan bertudung ketika menghadiri Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Difahamkan, keberadaan aktres itu di sana atas urusan pengambilan sijil perkahwinannya bersama Redza.

Hanna dan Redza telah mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN