PETALING JAYA: Pelakon, Isa Khan tampil mempersoalkan tindakan segelintir artis wanita yang memilih untuk membuka tudung dan tidak lagi menjaga aurat sejurus selepas mereka bercerai.
Isa atay Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 33, berkata, situasi tersebut memberi gambaran seolah-olah golongan terbabit sebelum ini hanya menutup aurat kerana terpaksa mengikut arahan suami.
Menurut Isa, setiap individu sepatutnya meletakkan niat yang betul dalam hati bahawa setiap ibadah yang mahu dilakukan mestilah dilakukan secara ikhlas demi keredaan Allah SWT.
“Banyak artis wanita di Malaysia, lepas bercerai sahaja tudung terbang dan aurat entah ke mana. Maksudnya selama ini pakai tudung sebab suami suruh sahaja ke?
“Sebab itu apabila kita nak buat satu ibadah itu, biarlah kerana Allah SWT. Kalau buat kerana manusia, memang tidak akan kekal,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, teguran bertulis yang dimuat naik itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan hujah pelakon tersebut.
Untuk rekod, Isa khan merupakan pelakon yang pernah membintangi drama Bimbi dan Bonni Misi 007 dan Rahasi Kasih pada tahun 2018.
Isa Khan juga merupakan suami kepada pelakon, Nur Risteena Munim dan pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021.










