Orang masih mahu saya menyanyi di hari istimewa mereka, itu rezeki - Dayang Nurfaizah - Utusan Malaysia

Orang masih mahu saya menyanyi di hari istimewa mereka, itu rezeki – Dayang Nurfaizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Dayang Nurfaizah mengakui tidak kisah menjadi artis undangan untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan meskipun dirinya merupakan penyanyi kelas atas.

Menurut Dayang, perkara itu tidak pernah menjatuhkan martabatnya, bahkan dirinya bersyukur kerana masih ada lagi pihak yang memerlukan perkhidmatannya untuk menjadi penyeri di hari bahagia mereka.

“Saya bersyukur, bagi saya itu adalah rezeki apabila orang masih memerlukan khidmat saya untuk menjadi sebahagian daripada hari penting mereka.

“Kalau orang masih perlukan saya, saya anggap itu rezeki. Jika ada penyanyi yang memilih untuk tidak ke arah ini, itu rezeki masing-masing.

“Saya sangat bersyukur kerana masih ada yang mahu mendengar nyanyian saya pada hari istimewa mereka. Tak salah, kan?” katanya.

Dayang berkata demikian ketika ditemui dia sidang media AJL 40: The First Look di St Regis Hotel, di sini, pada Rabu.

Berkongsi mengenai persiapannya menjelang progrma berprestij tersebut, penyanyi lagu Lemah itu hanya berharap dirinya dapat dikurniakan kesihatan yang baik demi menjayakan persembahan yang berkualiti nanti.

“Saya harap saya sihat untuk buat persembahan yang terbaik pada malam itu nanti. Saya tidaklah terlalu menaruh harapan untuk merangkul sebarang trofi pada malam itu.

“Cuma saya mahu jadikan persembahan itu memberikan memori yang indah untuk saya. Jika menang sebarang kategori, saya bersyukur. Yang penting vokal sihat, itu yang penting,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN