Musuh dalam selimut, tak suka kita berjaya, dengki - Elvina Mohamad - Utusan Malaysia

Musuh dalam selimut, tak suka kita berjaya, dengki – Elvina Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Elvina Mohamad menitipkan nasihat kepada orang ramai mengenai realiti dalam persahabatan bahawa tidak semua yang bergelar ‘sahabat’ gembira dengan pencapaian hidup seseorang.

Menurut Elvina, dalam persahabatan mahupun perhubungan tidak seharusnya meletakkan kepercayaan 100 peratus memandangkan ada sahaja kenalan terdekat yang bersifat ‘bermuka-muka’.

“Sebab itu ada pepatah “musuh dalam selimut” Kadang-kadang orang yang paling rapat dengan kita itu lah sebenarnya musuh kita tanpa kita sedar,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia itu juga berpesan kepada setiap individu agar berhati-hati apabila berdepan dengan rakan yang bersikap iri hati.

“Dia tak suka tengok kita berjaya, dengki dengan apa yang kita ada, tak menyokong, senyap-senyap iri hati dan persahabatan itu sentiasa sebelah pihak sahaja. Jadi, berhati-hatilah,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain, Elvina turut meluahkan rasa bersyukur kerana dirinya berjaya bebas daripada kekal berada dalam persekitaran sedemikian.

Alhamdulillah, saya sudah keluar dari persahabatan yang begitu. Syukur dengan lingkaran persahabatan yang baru sekarang,” ujarnya.

Meskipun perkongsian tersebut juga bersifat peribadi, Elvina tidak mendedahkan secara terperinci nama mana-mana individu yang ditujukan hantaran berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pesanan aktres itu.

“Setuju. Tapi bukan kadang-kadang yang paling rapat. Memang yang rapat yang kenal dengan kita ini musuh. Orang luar jaranglah bermusuh dengan kita,” komen netizen.

“Setujuuu, perlu berpada-pada baik dengan orang ini,” kata seorang lagi netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN