Mudah-mudahan Allah bantu beri kemenangan kepadanya hari ini - Ibu Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Mudah-mudahan Allah bantu beri kemenangan kepadanya hari ini – Ibu Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz berharap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan akhir pihak pendakwaan hari ini akan berpihak kepada anaknya.

Sharifah Mahani yang tiba di pekarangan mahkamah beberapa minit selepas kehadiran Bella Astillah dilihat tenang ketika ditemui media.

“Mudah-mudahan Allah SWT membantu dia dengan memberikan kemenangan pada hari ini,” katanya ringkas.

Mahkamah Persekutuan sebelum ini dijadualkan menyampaikan keputusan pada 30 Jun lalu berhubung rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan selepas seorang daripada tiga hakim yang menganggotai panel Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, dilaporkan bercuti sakit selama dua hari.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan pembebasan berkenaan dan mengembalikan sabitan serta hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN