Kalian sudah ditipu dengan selebriti hipokrit - Ammar Alfian - Utusan Malaysia

Kalian sudah ditipu dengan selebriti hipokrit – Ammar Alfian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ammar Alfian membidas sikap segelintir peminat yang terlalu taksub dengan watak antagonis lakonan setiap pelakon sehingga menyamakan perkara itu dengan realiti kehidupan sebenar.

Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkata, masih ada segelintir peminat yang mengaitkan sifat sebenar seseorang pelakon dengan watak antagonis yang dilakonkan, sekali gus membentuk persepsi yang tidak tepat terhadap pelakon yang dikaitkan itu.

“Kalian terlalu taksub dengan karakter dan lakonan seseorang pelakon itu. Apabila dia melakonkan watak jahat, kalian berfikir dalam kehidupan realiti dia juga seorang yang jahat.

“Ramai pelakon kesukaan kalian yang berlakon bukan main baik lagi sehingga melihatnya pun boleh cair, tetapi dalam kehidupan realiti perangai mereka sangat buruk namun kalian tidak mahu pula bising,” katanya menerusi satu hantaran di Thread miliknya.

Dalam pada itu, Ammar turut mendedahkan bahawa ramai peminat sebenarnya tertipu dengan lakonan palsu yang dilakonkan oleh sesetengah selebrit.

“Malah kebanyakannya kalian telah ditipu oleh selebriti-selebriti ini yang menunjukkan kepalsuan. Saya sentiasa menjadi seorang yang paling berpijak pada realiti, sebab itulah puak-puak ini tidak boleh menangani kontroversi kerana mereka adalah sekumpulan penipu, hipokrit demi mencapai kedudukan teratas,” katanya.

Untuk rekod, Ammar mula dikenali menerusi drama Tari Tirana pada tahun 2009 sebelum mengukuhkan namanya sebagai pelakon aksi menerusi watak musuh utama dalam filem Paskal (2018).

Sebelum ini, bintang filem aksi tersebut juga pernah beberapa kali mencetuskan kontroversi industri hiburan termasuk kes perselisihan faham di jalanan serta isu pergolakan rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN