Jangan terlalu serius, ini hiburan sahaja- Kelly Azman - Utusan Malaysia

Jangan terlalu serius, ini hiburan sahaja- Kelly Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Personaliti versatil, Kelly Azman mempertahankan karya terbaharunya selepas menerima pelbagai reaksi dalam media sosial susulan pelancaran lagu cover Aku Nak Kawin, nyanyian asal Andi Bernadee.

Ia berikutan video yang dimuat naik Kelly semalam mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Meskipun menerima kritikan dan kecaman daripada segelintir pihak, Kelly bagaimanapun menegaskan akan terus berkarya serta menghasilkan kandungan hiburan untuk peminat.

“Ini hanyalah hiburan. Semua orang dalam industri menerima karya saya. Saya menghormati setiap pandangan, tetapi saya juga berhak untuk berkarya dan berkongsi kreativiti dengan orang ramai,” katanya.

Menurut Kelly, lagu Aku Nak Kawin merupakan projek cover terbaharunya yang dihasilkan sebagai tanda penghargaan terhadap karya asal di samping memberi hiburan kepada orang ramai.

Katanya, tidak ramai yang berani mengetengahkan konsep seumpama itu di Malaysia, namun dia selesa tampil dengan identitinya sendiri.

“Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang berani melakukan apa yang saya lakukan. Saya tampil dengan gaya saya sendiri dan saya selesa dengan identiti itu.

“Jadi kepada semua netizen, jangan terlalu serius. Ini hanyalah hiburan semata-mata. Tidak perlu menilai saya secara berlebihan kerana tujuan saya hanyalah untuk menghiburkan,” katanya.

Selain itu, Kelly turut mengakui sudah lama berdepan dengan pelbagai kecaman dalam media sosial dan menganggap perkara itu sebagai lumrah dalam dunia hiburan.

“Saya sudah lali dengan tomahan dan kecaman. Saya memilih untuk terus positif dan menghasilkan karya buat mereka yang menghargainya,” katanya.

Dalam pada itu, Kelly berkata, dia akan terus menghasilkan lebih banyak kandungan kreatif pada masa hadapan dan berharap setiap karya yang dihasilkan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira persepsi atau pandangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN