Ammar Haikal jangan lupa jaga kesihatan ya! - Utusan Malaysia

Ammar Haikal jangan lupa jaga kesihatan ya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga ada terdengar luahan peminat mengenai penyanyi muda yang juga anak kepada Ameng Spring, Ammar Haikal.

Khabarnya, Ammar baru-baru ini diundang untuk menyanyi dalam sebuah persembahan. Namun, ada mata yang memerhati mengatakan penyanyi muda itu kelihatan agak penat ketika berada di atas pentas.

Malah, cara Ammar menyampaikan lagu pada hari berkenaan dikatakan seakan-akan kurang bertenaga dan seperti sedang memaksa diri untuk meneruskan persembahan.

Alamak, Ammar, adakah ini kerana awak banyak sangat ambil ‘job’ atau bagaimana? Tapi Cik Bunga tidak mahu cepat sangat membuat kesimpulan.

Maklumlah, kita yang melihat ini hanya nampak apa yang berlaku di atas pentas untuk beberapa ketika sahaja. Kita tidak tahu pula keadaan sebenar Ammar pada hari tersebut.

Lagipun, setahu Cik Bunga, Ammar bukan sekadar sibuk mengejar kerjaya seni, tetapi dalam masa sama masih meneruskan pengajian. Bila jadual belajar bertembung pula dengan latihan, perjalanan dan undangan persembahan, memang boleh jadi letih dibuatnya.

Orang muda memang ada tenaga, tetapi badan tetap perlukan rehat juga. Tambahan pula, apabila sudah semakin dikenali dan undangan mula datang satu demi satu, mungkin susah juga hendak berkata tidak kepada setiap peluang yang muncul.

Apa pun, Cik Bunga berharap Ammar bijak menyusun jadual dan tidak terlalu memaksa diri. Rezeki memang jangan ditolak, tetapi kesihatan pun jangan sesekali dibuat main.

Peminat pun tentunya mahu melihat Ammar terus menyanyi dan memberikan persembahan terbaik dalam keadaan sihat serta bertenaga. Kalau betul penat, berehatlah sekejap, Ammar. ‘Job’ boleh datang lagi, tetapi badan itu cuma satu.

Jaga diri dan kesihatan, ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN