Adegan romantik bersama Adipati Dolken, saya jalani penggambaran sebelum kahwin - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Adegan romantik bersama Adipati Dolken, saya jalani penggambaran sebelum kahwin – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Mimi Lana menjelaskan adagen romantik yang dijayakan bersama aktor terkenal Indonesia, Adipati Dolken menerusi filem romantik komedi Mojoku Hilang! dilakokan sebelum dirinya mendirikan rumah tangga.

Menurut Mimi, selepas bergelar isteri kepada pelakon, Syafiq Kyle, dia sangat peka akan segala keputusan yang dilakukan dalam lakonan apatah lagi mengenai batas dalam menjayakan sesebuah babak.

“Saya menjalani penggambaran filem ini sebelum berkahwin. Jadi, jika ditanya mengenai perkara itu, situasinya memang berbeza dengan sekarang.

“Selepas berkahwin, saya akui banyak perkara berubah, terutama daripada segi keputusan serta pemilihan watak.

“Dahulu saya belum bergelar isteri, tetapi kini saya perlu lebih berhati-hati dan berbincang terlebih dahulu dengan suami sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Mimi berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Mojoku Hilang! pada Isnin.

Dalam masa sama, Mimi turut menyifatkan babak yang dijayakan menerusi filem arahan Min Lim itu tidaklah bersifat keterlaluan, selain menegaskan dirinya akan sentiasa mendapatkan persetujuan Syafiq.

“Setakat ini saya masih belum menerima sebarang projek berunsurkan komedi romantik selepas berkahwin. Jadi, saya sendiri tidak pasti bagaimana perbincangan mengenai perkara itu akan berlaku dengan suami sekiranya ada tawaran sedemikian.

“Apa yang boleh saya katakan, setiap keputusan selepas berkahwin perlu mendapat persetujuan dan pandangan daripada suami terlebih dahulu. Bagaimanapun, untuk projek ini, semuanya telah selesai menjalani penggambaran sejak lama dahulu, sebelum saya mendirikan rumah tangga.

“Lagipun, tiada babak yang keterlaluan. Pada saya, babak seperti itu juga pernah saya lakukan dalam karya-karya lain sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Mimi dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN