TTMM2 tutup tirai, transformasi peserta jadi bualan positif - Utusan Malaysia

TTMM2 tutup tirai, transformasi peserta jadi bualan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Program realiti Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) melabuhkan tirainya selepas 10 minggu bersiaran dengan menampilkan pelbagai kisah transformasi peserta yang berjaya menyerlahkan potensi diri menerusi sokongan keluarga dan bimbingan berterusan.

Berikutan itu, Eskayvie menyifatkan penglibatan mereka dalam musim kedua program itu berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan memainkan peranan aktif dalam perkembangan anak-anak, khususnya dari aspek keyakinan diri, emosi dan pembelajaran.

Pengarah Urusannya, Dr. Kartika Wati Mohamed berkata, antara pencapaian paling ketara sepanjang program berlangsung ialah perubahan positif yang ditunjukkan peserta apabila diberi ruang dan galakan untuk berkembang mengikut potensi masing-masing.

“Setiap anak mempunyai kelebihan tersendiri. Apa yang penting ialah bagaimana ibu bapa membantu mereka mengenal pasti dan mengembangkan potensi tersebut.

“Kejayaan program ini bukan hanya diukur melalui kemenangan, sebaliknya perkembangan yang ditunjukkan setiap peserta sepanjang perjalanan mereka,” katanya.

Menurut beliau, hubungan erat yang terbina antara peserta dan ibu bapa yang bertindak sebagai pengurus sepanjang pertandingan turut menjadi antara kekuatan utama program berkenaan.

Katanya, sokongan yang konsisten daripada keluarga mampu memberi kesan besar terhadap pembangunan sahsiah dan keyakinan diri kanak-kanak.

Dalam masa sama, beliau menegaskan aspek pemakanan dan nutrisi turut memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan minda serta keupayaan pembelajaran anak-anak.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), sebanyak 21.2 peratus kanak-kanak di Malaysia masih berdepan masalah bantut, manakala 27.2 peratus murid Tahun Satu belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Malah, laporan Bank Dunia menunjukkan kekurangan nutrisi pada peringkat awal usia boleh memberi kesan terhadap perkembangan kognitif, pencapaian pendidikan serta produktiviti individu pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Eskayvie meneruskan kempen BoosterMinda: Serlahkan Potensi Anak Anda bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan sokongan menyeluruh terhadap perkembangan minda anak-anak.

Sebagai simbol penghargaan terhadap pengorbanan dan sokongan ibu bapa, syarikat itu turut menggandakan nilai Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie daripada RM5,000 kepada RM10,000 yang dimenangi oleh Adira bersama anak didiknya, Anggrek.

Dr. Kartika berkata, anugerah berkenaan diberikan bagi mengiktiraf individu yang sentiasa berada di belakang kejayaan anak-anak melalui kasih sayang, kepercayaan dan sokongan berterusan.

“Di sebalik kejayaan seseorang anak, pasti ada insan yang tidak pernah berhenti memberi dorongan dan semangat. Pengorbanan inilah yang wajar dihargai,” katanya.

Beliau berkata, walaupun TTMM2 telah berakhir, usaha memperkasa pembangunan potensi kanak-kanak Malaysia akan terus diperkukuhkan menerusi pelbagai inisiatif pendidikan dan kesedaran yang dirancang pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN