Sikap sombong tidak akan ke mana - Utusan Malaysia

Sikap sombong tidak akan ke mana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kadang-kadang Cik Bunga pelik juga melihat gelagat segelintir artis baharu. Baru beberapa tahun mencipta nama, sudah mula membawa diri seperti bintang kelas pertama.

Bukan apa, dalam industri ini ramai yang sudah makan garam lebih awal.

Ada yang berpuluh tahun berkarya, mengumpul pelbagai pengiktirafan dan trofi, tetapi masih merendah diri apabila bertemu orang.

Sebab itu, apabila terdengar cerita tentang segelintir pelakon muda yang dikatakan semakin sukar didekati, Cik Bunga hanya geleng kepala. Ini lah yang terjadi kepada pelakon muda, Nadhir Nasar.

Adalah beberapa kali Cik Bunga dengar mengenai perangai si pelakon ini. Tapi tidak tahulah seberat apa kerenah dan perangainya itu.

Cuma Cik Bunga hendak tegur sikitlah. Mungkin artis seperti ini, mereka tidak sedar, populariti itu datang dan pergi. Hari ini nama disebut-sebut peminat, esok lusa mungkin muncul wajah baharu yang lebih menjadi perhatian.

Yang lebih penting, perjalanan seni bukan diukur pada jumlah peminat media sosial atau seberapa kerap wajah muncul di kaca televisyen. Reputasi yang baik dalam kalangan penggiat industri jauh lebih bernilai.

Cik Bunga percaya setiap artis ada fasa belajar dan menyesuaikan diri dengan populariti. Namun, jangan sampai kejayaan yang masih di peringkat awal membuatkan seseorang lupa masih banyak tangga yang perlu didaki.

Kalau benar sudah mula merasakan diri berada di puncak, cuba lihat semula senarai anak seni yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Ramai yang kekal dihormati bukan kerana glamor semata-mata, tetapi kerana sikap mereka yang sentiasa menjaga adab.

Bak kata orang tua-tua, ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Bukan semakin tinggi melangit hingga lupa melihat bumi tempat berpijak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN