Janganlah begitu Naim Daniel - Utusan Malaysia

Janganlah begitu Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Entah betul entah tidak, tetapi itulah cerita yang sampai ke telinga Cik Bunga sejak kebelakangan ini mengenai pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel.

Kata rakan industri seni yang baru-baru ini terserempak dengan Naim dalam sebuah acara hiburan, peluang untuk bertemu memang ada. Naim hadir, beramah mesra dan melayan tetamu yang hadir seperti biasa. Namun apabila ada yang cuba menyuarakan hasrat untuk mengatur sesi temu bual, lain pula ceritanya.

Khabarnya, Naim dikatakan cukup berhati-hati apabila diajak berbual secara rasmi dengan pihak media. Malah, bukan hanya pada acara berkenaan sahaja. Sebelum ini pun, ada beberapa rakan media dan orang industri yang pernah cuba mendapatkan ruang untuk berbual dengannya, tetapi penyudahnya tetap sama, sukar mendapatkan persetujuan.

Kalau betul begitu, tentu ada sebab yang hanya Naim sendiri tahu. Cik Bunga faham juga kalau ada pihak beranggapan penyanyi itu mungkin tidak mahu diasak dengan pelbagai persoalan berkaitan isu atau perkara yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini.

Tetapi pada masa sama, Cik Bunga percaya rakan-rakan media pun profesional dalam menjalankan tugas. Bukannya setiap kali berjumpa artis, semua soalan mahu menjurus kepada kontroversi atau perkara sensitif semata-mata.

Ada kalanya media hanya mahu bertanya mengenai perkembangan kerjaya, projek baharu, perancangan seni atau mungkin buah tangan terkini untuk peminat. Itu sahaja.

Apa pun, jika benar Naim belum bersedia atau tidak memberi lampu hijau untuk ditemu bual, rasanya semua pihak akan menghormati pendiriannya. Tidaklah sampai mahu memaksa. Dalam dunia hiburan ini, hubungan baik antara artis dan media juga penting untuk terus berkembang secara sihat.

Mungkin Naim ada alasan tersendiri yang tidak diketahui umum. Atau mungkin dia hanya mahu memberi tumpuan kepada perkara lain yang lebih penting ketika ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN