Zynakal bengang ramai DM beri lagu AI - Utusan Malaysia

Zynakal bengang ramai DM beri lagu AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau dah nama pun dunia seni, memang tidak lekang dengan cerita panas! Kali ini, penyanyi rap dan komposer berbakat, Zynakal, jadi buah mulut apabila dikatakan kurang senang dengan sikap segelintir individu yang cuba ‘menjual’ karya kepada dirinya tetapi rupa-rupanya bukan hasil tulen!

Menurut sumber rapat (yang semestinya tidak mahu dikenali, macam biasalah ), Zynakal agak bengang apabila ada pihak berani menghantar lagu kononnya ciptaan sendiri menerusi media sosial.

Namun bila diteliti, lagu tersebut sebenarnya dihasilkan menggunakan teknologi AI. Aduhai… berani betul!

Bagi Zynakal, perkara ini bukan isu kecil. Malah, dia melihat tindakan tersebut seolah-olah menafikan usaha, bakat dan kreativiti komposer-komposer tempatan yang bertungkus-lumus menghasilkan karya asli. Dalam erti kata lain, macam tidak menghargai seni sebenar!

Cik Bunga faham sangat kenapa Zynakal boleh naik angin. Bayangkan, orang lain bersengkang mata cari ilham, perah idea, susun melodi tiba-tiba ada yang ambil jalan pintas, kemudian claim sebagai hasil sendiri. Memang boleh bikin darah naik ke kepala!

Lebih mengejutkan, ada juga yang tanpa segan silu meminta Zynakal mempertimbangkan lagu tersebut untuk projeknya. Ingat senang ke nak ‘pass off’ karya AI macam itu saja? Dalam industri yang penuh persaingan ini, keaslian adalah segalanya, sayang!

Apa yang Cik Bunga nampak, isu ini sebenarnya lebih besar daripada sekadar satu dua individu. Ia membuka mata tentang bagaimana teknologi boleh disalah guna jika tiada etika.

Betul, AI boleh jadi alat bantu tetapi bukan alasan untuk menipu atau mengambil kredit yang bukan milik sendiri.

Apa pun, Cik Bunga tabik dengan pendirian Zynakal yang tegas mempertahankan nilai seni dan kejujuran dalam berkarya. Dalam dunia hiburan yang semakin canggih, integriti tetap nombor satu.

Jadi, kepada sesiapa yang rasa hendak ‘try nasib’ tu… fikir dua kali ya. Industri seni bukan tempat untuk shortcut, tapi medan untuk bakat sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN