Wings gegarkan Hard Rock Cafe Julai ini, promosi album ‘Wings New Era’ - Utusan Malaysia

Wings gegarkan Hard Rock Cafe Julai ini, promosi album ‘Wings New Era’

Wings New Era
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kumpulan rock legenda tanah air, Wings, bakal kembali menghangatkan pentas muzik tempatan menerusi showcase eksklusif bertajuk ‘Wings Sunday Night Live’ yang dijadualkan berlangsung pada Julai depan.

Penganjuran siri showcase ini bertujuan sebagai platform istimewa bagi memperkenalkan karya-karya baharu daripada album terkini mereka, ‘Wings New Era’, selain menyemarakkan lagi budaya persembahan muzik secara langsung di negara ini.

Pada asalnya, siri ini dirancang sebagai jelajah ‘Rock To Rock Tour’. Bagaimanapun, atas beberapa kekangan tertentu, pihak penganjur mengambil keputusan untuk memfokuskan penganjuran kepada dua lokasi utama.

Showcase yang dianjurkan menerusi kerjasama antara Awie Entertainment dan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, serta disokong oleh RPM Label selaku pengurusan baharu Wings ini, akan menyaksikan kumpulan itu beraksi bertenaga selama 1 jam setengah.

Wings dijadualkan mempersembahkan set istimewa merangkumi sekitar 20 buah lagu yang menggabungkan rangkaian koleksi lagu hit sepanjang zaman kegemaran peminat serta trek baharu daripada album terbaharu mereka.

Dua lokasi eksklusif yang bakal menjadi saksi kepada kemuncak tirai ‘Wings Sunday Night Live’ adalah Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 5 Julai 2026, juga Hard Rock Cafe Melaka pada 12 Julai 2026.

Para peminat muzik rock tempatan dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan sendiri malam yang penuh energi dan nostalgia yang berkualiti daripada Wings dalam jarak dekat yang pastinya meninggalkan impak mendalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN