Ungkit isu lama, Syura Badron terpaksa sekat komen netizen

Ungkit isu lama, Syura Badron terpaksa sekat komen netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Penyanyi, Syura Badron mengakui terpaksa mengambil tindakan menyekat serta mengehadkan komen di media sosial miliknya selepas tidak lagi mampu berdepan dengan kecaman berulang daripada segelintir pengguna.

Menurut Syura, keputusan tersebut bukan bermaksud dia tidak boleh menerima kritikan, sebaliknya sebagai langkah menjaga kesihatan emosi selepas sekian lama berdepan komen negatif.

“Harini saya terpaksa sekat atau restrict komen-komen yang agak mengundang. Bukan tak boleh dikritik atau dikecam, tetapi saya penat nak hadap dan membaca perkara yang sama berulang kali.

“Salah tetap salah, tapi siapa kita untuk terus menghukum tanpa henti?

“Sampai bila nak menghukum? Lebih baik kita doakan yang baik-baik. Kita semua manusia, tiada siapa yang suci daripada dosa. Saya pun cuba untuk teruskan hidup dan move on seperti orang lain,” katanya dalam satu hantaran di Threads.

Tambahnya lagi, dia masih boleh menerima teguran yang disampaikan secara berhemah, namun tidak sanggup melayan komen melampau yang disifatkan sebagai keterlaluan.

“Betul, haters akan tetap membenci. Yang menegur dengan baik itu saya hargai dan boleh terima. Tapi yang komen melampau ini memang penat untuk dilayan. Sebab itu saya terpaksa ambil langkah untuk sekat,” jelasnya.

Terdahulu, Syura telah memuat naik sebuah video muzik lama ketika dia berusia 14 tahun sebagai kenangan awal penglibatannya dalam industri seni.

Namun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk komen negatif yang kembali mengungkit konflik lama.

Isu berkenaan dipercayai merujuk kepada kontroversi melibatkan sesi Instagram Live bersama penyanyi Siti Nordiana pada tahun 2021 yang pernah menjadi perhatian ramai.

Walaupun insiden tersebut sudah lama berlalu, segelintir netizen dilihat masih mengungkit perkara berkenaan di ruangan komen, sekali gus mencetuskan kembali perdebatan.

Dalam pada itu, Syura berharap orang ramai dapat menghentikan kecaman berpanjangan dan memberi ruang kepada semua pihak untuk meneruskan kehidupan dengan lebih positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN