Tudung Julia Farhana sudah 'terbang'? - Utusan Malaysia

Tudung Julia Farhana sudah ‘terbang’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Julia Farhana Marin sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila tampil tanpa hijab menerusi perkongsian terbaharu di media sosial miliknya.

Menerusi Instagram, Julia, 32, memuat naik semula sebuah video memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan kening di sebuah salon kecantikan tanpa mengenakan tudung.

Dalam hantaran sama, pelakon itu turut memberi bayangan bahawa pusat kecantikan tersebut merupakan lokasi rawatan yang sering dikunjunginya.

“Always my go to,” tulisnya ringkas.

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan pelbagai reaksi netizen memandangkan Julia sebelum ini tampil berhijab sejak tahun 2023.

Malah, sebelum ini Julia juga dilaporkan memadam beberapa gambar lamanya yang tidak berhijab di Instagram.

Untuk rekod, Julia mula mengenakan hijab selepas mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Dr. Che Hafiz.

Dalam satu temu bual terdahulu, Julia pernah berkongsi bahawa keputusan untuk berhijab dibuat secara spontan selepas dia mengenakan tudung ketika menghadiri sebuah acara keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN