Terima kasih untuk segala-galanya, Janna Nick - Azar Azmi

Terima kasih untuk segala-galanya, Janna Nick – Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Azar Azmi meluahkan rasa terharu dengan pengorbanan rakan seperjuangannya, Janna Nick yang mengotakan janjinya untuk pulang ke Malaysia demi bertemu dengannya.

Kata Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, dia juga akan berpegang kepada janji untuk tidak menghilangkan diri lagi, selain terus kuat mengharungi dugaan kehidupan bersama anak-anak tersayang.

“Kepada sahabatku yang manis Janna, terima kasih untuk segala-galanya. Menempuh perjalanan beribu batu untuk menjayakan perkara ini. Aku tak tahu nak cakap apa.

“Awak sangat bermakna untuk saya. Kita berborak cerita lapan, sembilan tahun lepas, tapi masih segar dalam ingatan kita. Kita bercakap sampai tak tahu pukul berapa.

“Janna, saya akan berpegang dengan kata-kata saya, insya-Allah. Terima kasih kerana menyinari dunia saya,” katanya dalam hantaran Instagram.

Terdahulu, keperitan hidup Azar meraih perhatian ramai selepas ditahan reman pada Mac 2026 untuk membantu siasatan kes penipuan jualan tanah dan darjah kebesaran bernilai RM1.5 juta yang melibatkan suaminya.

Sebelum ini, pendedahan Janna mengenai keadaan Azar ketika didakwa terpalit dengan kegiatan penipuan wang ringgit bersama suaminya setelah sekian lama menghilang meraih perhatian ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN