Shila Amzah terkilan tidak sempat hadir konsert Fauziah Latif - Utusan Malaysia

Shila Amzah terkilan tidak sempat hadir konsert Fauziah Latif

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah mengakui terkilan tidak dapat menghadiri konsert penyanyi terkenal, Fauziah Latiff yang berlangsung baru-baru ini.

Shila atau Nurshahila binti Amir Amzah, 36, berkata, jadual konsertnya bertindih dengan persembahan penyanyi yang mesra disapa sebagai Kak Gee itu.

“Kalau konsert saya tidak bertindih dengan konsert Kak Gee, saya pasti akan berada di situ,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Menurut Shila yang juga merupakan penyanyi Patah Seribu itu, dia membesar dengan lagu-lagu nyanyian Fauziah Latif dan mengetahui sebahagian besar diskografi penyanyi itu.

Katanya, ibunya juga mengetahui betapa besar rasa kagumnya terhadap Fauziah sejak kecil lagi.

“Saya tahu 90 peratus diskografi dia. Mak saya tahu betapa minatnya saya terhadap Fauziah Latif;” ujarnya.

Shila berkata, generasi hari ini mungkin tidak pernah menyaksikan sendiri persembahan bertenaga Fauziah ketika berada di kemuncak populariti.

“Awak semua tidak pernah tengok persembahan secara langsung persembahan dia dulu.

“Betapa lincahnya dia dengan tarian dan gerakan di atas pentas,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia juga masih mengingati sebuah album Fauziah yang memaparkan suntingan gaya membentuk huruf nama penyanyi tersebut.

“Dia ada satu kulit album nama Fauziah Latif, tapi mereka sunting dengan semua gaya dia yang berbentuk abdjad nama penuh dia,” jelasnya.

Dalam masa sama, Shila turut mencadangkan orang ramai mendengar lagu Aku Sebutir Pasir yang disifatkannya sebagai karya yang memberi kekuatan.

“Sesuatu untuk memberi awak keuatan, cuba dengar lagu Aku Sebutir Pasir. Lagu yang sangat menyentuh hati,” katanya.

Menurutnya, Fauziah merupakan antara figura seni yang banyak menemani zaman kanak-kanaknya.

“Mak cakap saya pernah panggil dia Mak Cik Gee, tetapi saya lebih selesa panggil Kak Gee kerana itu cara saya melihatnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN