Konsert Seribu Rahmat, Umbrella temui peminat di UUM Sintok - Utusan Malaysia

Konsert Seribu Rahmat, Umbrella temui peminat di UUM Sintok

Konsert Seribu Rahmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Konsert Seribu Rahmat Umbrella akan menggegarkan pentas Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 6 Jun ini sekali gus menyaksikan penampilan khas Zamani serta kumpulan Floor 88.

Gabungan kumpulan Umbrella, Zamani dan Floor 88 menyatukan tiga segmen peminat yang berbeza, daripada golongan dewasa yang membesar dengan lagu-lagu puitis era 90-an sehinggalah generasi muda yang mendominasi platform digital.

Konsert Seribu Rahmat Umbrella menampilkan kumpulan legenda Umbrella sebagai teraju utama, dengan penampilan khas, Zamani serta kumpulan Floor 88 pada 6 Jun ini di di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dianjurkan oleh Pertubuhan Bahtera Prihatin Rakyat Perlis (PBPRP), pemilihan lokasi di Kedah merupakan langkah desentralisasi industri kreatif bagi membuktikan konsert bertaraf tinggi tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin.

Vokalis kumpulan Umbrella, Zarul Husin, menzahirkan rasa terujanya terhadap kolaborasi pertama bersama penganjur di lokasi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

“Ini merupakan kali pertama Umbrella mengadakan konsert di UUM. Hubungan ini terjalin secara unik memandangkan pemain bass kami sendiri merupakan kakitangan di universiti tersebut.”

“Kami bakal mempersembahkan kira-kira 13 buah lagu yang diambil sepenuhnya daripada album Seribu Rahmat dan Hujan Panas. Ia benar-benar sebuah perjalanan nostalgia, malah ketika sesi latihan, saya sendiri merasai emosi yang mendalam kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu tersebut,” ujar Zarul.

Apa yang menjadi keunikan konsert ini terletak pada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) selain penonton bakal disajikan dengan video flashback perjalanan Umbrella yang diolah semula secara digital menggunakan AI, memaparkan klip arkib dan rakaman di sebalik tabir yang jarang dilihat sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket menerusi ticket2U di pautan https://www.ticket2u.com.my/event/49514/konsert-seribu-rahmat-umbrella

Harga tiket bermula dari RM50 (Zon Akulah Teduhan Mu), RRM100 (Zon Bukalah Hatimu) dan RM150 bagi Zon Ramalanku Benar Belaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN