PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin memaklumkan bapanya, Amirol Melvin Abdullah kini dalam keadaan lemah akibat sakit jantung.
Syatilla yang berkongsi khabar itu menerusi platform Threads turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan agar kesihatan bapanya kembali pulih.
“Tolong ramai-ramai doakan ayah saya, Amirol Melvin Abdullah kesembuhan dan Allah ampunkan segala dosa-dosa beliau.
“Ayah saya dalam keadaan lemah akibat sakit jantung. Mohon tolong saya ya,” katanya.
Syatilla bagaimanapun tidak memaklumkan secara terperinci berkenaan kondisi bapanya setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu dihujani doa agar bapa kepada pelakon itu diberikan kesembuhan secepat mungkin.
“Semoga pak cik Amirol Melvin kembali pulih seperti sedia kala dan cepat diberi kesembuhan,” komen pengikutnya.
“Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” tulis seorang warganet.










