Berpegangan tangan, Bella Dowana sudah ada kekasih? - Utusan Malaysia

Berpegangan tangan, Bella Dowana sudah ada kekasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga dengar ada cerita menarik mengenai pelakon manis, Bella Dowanna. Khabarnya, Bella kini dipercayai sudah mempunyai seseorang yang cukup istimewa dalam hidupnya.

Bukan Cik Bunga yang pandai-pandai mereka cerita, tetapi ada mata yang mendakwa ternampak Bella sedang berjalan-jalan dan membeli-belah bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.

Apa yang lebih mencuri perhatian, mereka dikatakan berjalan dalam keadaan cukup mesra, malah sempat berpegangan tangan.

Kalau sekadar kawan biasa, rasanya jarang juga hendak berjalan sambil berpegangan tangan begitu. Sebab itu, ramai mula tertanya-tanya sama ada Bella kini sedang dilamun cinta.

Jejaka misteri yang berada di sisi Bella itu juga dikatakan mempunyai penampilan menarik dan nampak sepadan dengannya. Dari cara mereka berbual dan bergelak ketawa bersama pun sudah cukup membuatkan ramai tersenyum melihat kemesraan itu.

Sebelum ini, Bella pernah berkongsi bahawa dia masih belum mempunyai teman lelaki kerana menganggap dirinya berperwatakan agak kasar dan ‘macam abang-abang’. Namun pada pandangan Cik Bunga, Bella mungkin hanya merendah diri.

Hakikatnya, ramai lelaki tertarik dengan wanita yang bersikap santai, mudah dibawa berbual dan tidak terlalu mengada-ngada. Tambahan pula, Bella sememangnya memiliki wajah yang manis dan personaliti yang menyenangkan.

Apa-apa pun, selagi Bella sendiri belum memberikan sebarang penjelasan, selagi itulah kisah ini terus menjadi tanda tanya. Jika benar sudah bertemu seseorang yang berjaya mencuri hatinya, Cik

Bunga hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN