Alami gangguan kebimbangan, Asfan enggan bergantung pada ubat

Alami gangguan kebimbangan, Asfan enggan bergantung pada ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Penyanyi, Asfan mengakui dirinya semakin bijak mengendalikan emosinya setiap kali diserang gangguan kebimbangan atau ‘anxiety’.

Kata Asfan, dia tidak bergantung kepada sebarang ubat-ubatan, sebaliknya belajar menenangkan diri dengan mengalihkan perhatiannya dari terlampau memikirkan tentang serangan itu.

“Setiap kali mengalami gangguan panik atau bimbang yang keterlaluan, saya tidak makan ubat. Saya cuma belajar tenangkan diri dengan tidak terlalu terikut-ikut dengan perasaan itu.

“Alhamdulillah, serangan tersebut sudah tidak kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Tetapi saya bersyukur kerana ada isteri yang sentiasa berada di sisi setiap kali situasi itu berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Asfan berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media lagu terbaharu Dusta oleh Asfan dan Manusia, Rabu lalu.

Dalam masa sama, penyanyi itu tidak menafikan kesibukan kerja dan jadual yang padat salah satu pendorong kepada gangguan itu berlaku.

“Perkara itu sering berlaku sekiranya saya tidak cukup berehat dan terlampau banyak berfikir. Fikiran saya akan jadi bercelaru. Jadi saya perlu ada jadual supaya gerak kerja saya lebih teratur dan boleh fokus satu persatu.

“Salah satu sebab saya tidak mahu makan ubat kerana saya tidak suka makan ubat, malah saya akan mula berfikir tentang kesan sampingannya sekiranya saya mengambilnya,” ujarnya.

Terdahulu, Asfan menerusi sebuah perkongsian di Threads mendedahkan dirinya menghidap penyakit kebimbangan yang terlampau sejak penglibatannya dalam industri 15 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Asfan dan Manusia yang turut dianggotai oleh One Sofarz, Zack NewBoyz, Arash Zimi dan Adam Kamal telah melancarkan lagu terbaharu yang berjudul Dusta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN