Memilih bukan bermaksud menjauh, tetapi tanda menghargai diri sendiri - Syamim Farid - Utusan Malaysia

Memilih bukan bermaksud menjauh, tetapi tanda menghargai diri sendiri – Syamim Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Toh Puan Syamim Freida mengakui dirinya kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Kata Syamim, dia lebih selesa memilih lingkungannya berbanding membuang masa untuk mencipta keserasian dengan kenalan baharu.

“Pada tahap hidup saya sekarang, saya tidak lagi rasa perlu memaksa sesuatu hubungan. Kalau serasi, kita serasi. Kalau tidak, itu pun tak mengapa.

“Memilih bukan bermaksud menjauh, tetapi tanda menghargai diri sendiri. Saya juga tidak lagi bertolak ansur dengan perkara yang tidak selesa hanya untuk menyesuaikan diri,” katanya di Threads.

Tambah pelakon Setiaku Berdiri itu, dia enggan membazir tenaganya untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka yang tidak tulus dalam persahabatan.

“Saya kini lebih berhati-hati dan memilih kepada siapa saya memberi tenaga. Saya lebih rela mempunyai lingkaran kecil yang boleh dipercayai daripada sekadar membesarkannya tanpa makna.

“Kerana akhirnya, populariti dan status mungkin memperkenalkan kita kepada ramai orang. Tetapi hanya hati yang ikhlas akan menunjukkan siapa yang benar-benar tulus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN