Jadi anak perempuan sulung tidaklah sekuat yang disangka - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Jadi anak perempuan sulung tidaklah sekuat yang disangka – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah mengakui gelaran anak perempuan sulung tidak mudah untuk dipikul apatah lagi tanggungjawab yang harus digalasnya.

Shila berpendapat, gelaran itu bukan sahaja berat dari segi tanggungjawab, secara tidak langsung menguji kekuatan menta, fizikal serta kewangan.

“Menjadi anak perempuan sulung sebenarnya kami tidaklah sekuat yang disangka, dari segi mental, fizikal dan kewangan,” katanya di Threads ketika membalas perkongsian seorang pengguna platform tersebut.

Tambahnya, rata-rata anak sulung diajar untuk menyembunyikan perasaan mereka, bahkan terpaksa berpura-pura untuk kelihatan tenang meskipun dibelenggu tekanan.

“Tetapi kita sering memaksa diri untuk kelihatan seolah-olah semuanya baik-baik sahaja,” jelasnya.

Sekadar info, Shila merupakan anak sulung kepada empat orang adik beradik termasuk, Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Syada Amzah.

Mereka merupakan anak kepada penyanyi veteran terkenal, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN