KUALA LUMPUR: Pelakon, Izara Aishah, selamat melahirkan cahaya mata ketiganya, sekali gus menambah seri dalam keluarga yang dibina bersama suami tercinta, Adib Khalid.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang disambut dengan penuh kesyukuran apabila memaklumkan kehadiran seorang lagi puteri dalam keluarga mereka.
“Alhamdulillah, bertambah lagi puteri dalam keluarga kami,” katanya ringkas.
Bagaimanapun, pelakon berusia 34 tahun itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bayi yang baru dilahirkan, termasuk nama dan tarikh kelahiran.
Untuk rekod, Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Irisa Alaia dan Amara Amina.










