Hutang RM15,000 tidak berbayar 6 tahun, Abiejam tuntut penjelasan Azar Azmi - Utusan Malaysia

Hutang RM15,000 tidak berbayar 6 tahun, Abiejam tuntut penjelasan Azar Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall, iaitu Abiejam tampil membuat pendedahan berhubung dakwaan hutang berjumlah RM15,000 yang didakwa masih belum dilunaskan oleh pelakon, Azar Azmi sejak enam tahun lalu.

Menurut Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, wang tersebut disalurkan sebagai bantuan kepada Azar bagi memulakan perniagaan, termasuk penyediaan barangan serta sokongan untuk siaran langsung di platform media sosial.

“Perkara ini sudah lama saya pendam, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas daripadanya. Apabila melihat namanya kembali menjadi perhatian, saya merasakan ini masa yang sesuai untuk beliau tampil memberi penjelasan.

“Ini bukan soal menumpang populariti, sebaliknya melibatkan tanggungjawab melunaskan hutang. Niat kami ketika itu hanyalah untuk membantu ketika dia berada dalam kesusahan dengan menyediakan barangan bernilai lebih RM15,000 bagi membolehkannya memulakan semula perniagaan,” katanya.

Dakwanya lagi, selepas menerima bantuan tersebut, Azar didakwa menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga kini.

“Segala usaha untuk menghubunginya tidak berhasil. Panggilan tidak dijawab dan mesej tidak dibalas,” ujarnya.

Abiejam turut memaklumkan bahawa beliau memiliki bukti kukuh berkaitan bantuan yang diberikan dan bersedia berdepan sebarang tindakan undang-undang sekiranya dakwaan tersebut tidak benar.

“Jika saya berbohong, saya sanggup disaman kerana semua bukti ada, termasuk rekod di media sosial yang boleh dirujuk semula,” katanya.

Tambahnya, sepanjang tempoh enam tahun itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki pelakon berkenaan, namun menemui jalan buntu.

“Apabila namanya kembali disebut-sebut, saya hanya ingin mengingatkan bahawa hutang tetap hutang,” tegasnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik, namun menegaskan bahawa Azar perlu tampil bersemuka terlebih dahulu.

Dalam perkembangan lain, Abiejam turut mendedahkan telah membuat tiga laporan polis terhadap bekas pekerjanya, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan bekas pengurus, berhubung dakwaan pecah amanah yang mengakibatkan kerugian hampir RM2 juta kepada syarikat Jamumall serta kehilangan barang kemas miliknya.

Beliau juga mendakwa menerima ugutan daripada salah seorang individu terbabit sehingga memaksanya mengambil tindakan undang-undang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN