Bukankah seharusnya sudah selesai semua hal kamu terhadap ku? - Fazura

Bukankah seharusnya sudah selesai semua hal kamu terhadap ku? – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada angin, tiada ribut, pelakon, Nur Fazura tampil membuat luahan berbaur penganiayaan seorang individu terhadapnya sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Bagai terganggu dengan tindakan individu berkenaan, Fazura menegaskan seharusnya segala urusan peribadi dirinya bersama pihak tersebut sudah selesai.

“Hasbunallah wanikmal wakil. Bukan kah seharusnya sudah selesai semua hal kamu terhadap ku? Astagfirullah,” tulisnya di Threads.

Bagaimanapun, pelakon drama Lelaki Itu tersebut tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isu yang diperkatakan, malah memilih untuk merahsiakan identiti individu terbabit.

Meskipun perkongsian tersebut meninggalkan tanda tanya, rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada anak satu itu di ruangan komen.

“Insya-Allah, ada ‘pelangi’ Allah nak bagi, mesti yang paling cantik. Sikit saja lagi. Terus kuat dan tenang, kak. Kami tak putus-putus doakan akak dan semua orang yang akak sayang,” komen peminatnya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Mungkin tertinggal keretapi. Apa pun terus kuat Fazura dan saya sayang akak,” kata seorang lagi peminatnya.

“Seperti yang awak selalu kata, “Allah ada.” Saya percaya dalam setiap apa pun, Faz sentiasa mengharapkan petunjuk dan keredaan Allah.

“Selepas apa yang telah awak lalui, saya hanya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi awak dan Fatima dalam rahmat-Nya. Segala doa yang baik-baik untuk kamu berdua,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN