Anak Awie kini pelakon, Putri Aleeya Antasha nafi guna ‘kabel’ bapa - Utusan Malaysia

Anak Awie kini pelakon, Putri Aleeya Antasha nafi guna ‘kabel’ bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon baharu, Putri Aleeya Antasha menafikan penglibatannya dalam bidang lakonan menggunakan ‘kabel’ bapanya yang juga merupakan seorang aktor dan penyanyi lagenda, Datuk Awie.

Menurut Putri, perjalanannya untuk menceburi industri lakonan tidaklah semudah yang disangkakan, malah dia perlu melalui proses ujibakat sebelum berjaya bergelar seorang pelakon.

“Saya anggap ini adalah rezeki saya. Saya masih perlu melalui proses yang seperti ujibakat dan perkara itu tidak semudah yang disangkakan. Kalau mahu kata saya gunakan kabel atau nama bapa, tidaklah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Putri berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Watch Party drama Dorm 403 di sebuah restoran, malam tadi.

Mengulas mengenai penglibatannya menerusi drama yang baru membuka tirainya itu, pelakon yang berusia 26 tahun tersebut mengakui telah meminta izin bapanya terlebih dahulu sebelum menghadiri sesi ujibakat.

“Tawaran ini datang daripada rakan ayah saya. Kemudian, dia memberitahu bawah ada pihak yang tawarkan untuk saya berlakon. Saya hanya mengatakan sekiranya dia izinkan baru saya cuba memandangkan ketika itu saya sudah habis belajar.

“Jadi, saya pun pergi ke sesi ujibakat dan berjaya membintangi drama ini. Saya menganggap ini sebagai pengalaman di samping mahu mencuba perkara baru dan mencari ilmu baru,” jelasnya.

Pun begitu, Putri tidak menafikan gelaran ‘anak Awie’ itu sedikit sebanyak membuat dia bimbang terhadap tanggapan orang ramai mengenai kualiti lakonan dan cara pembawakan dirinya.

“Sejujurnya, saya takut jika ada yang meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya. Sedangkan nyanyian adik saya, Merah pun sering dibandingkan oleh orang ramai.

“Pada saya, usahlah bandingkan. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana kami semua hanya memberikan yang terbaik. Antara yang sering dipesan oleh bapa saya pun ialah jaga diri dan percakapan supaya kurang orang bercakap tentang kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN