Walaupun berkerusi roda, Ayda Jebat tetap cuba hiburkan peminat - Utusan Malaysia

Walaupun berkerusi roda, Ayda Jebat tetap cuba hiburkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Persembahan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyanyi di atas kerusi roda ketika membuat persembahan di acara Celebfest 2026 di sini mencuri perhatian ramai selepas videonya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dilihat mendendangkan lagu popularnya, Pencuri Hati di atas pentas walaupun berada dalam keadaan berkerusi roda.

Walaupun berdepan masalah kesihatan, penyanyi itu tetap memberikan persembahan bertenaga seperti biasa sekali gus menghiburkan para peminat yang hadir.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain memuji komitmen Ayda yang tetap berusaha menghiburkan peminat walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Hebat Ayda. Walaupun mengalami slip disc, dia masih mampu membuat persembahan dan menghiburkan peminat. Inilah contoh artis yang profesional.

“Tabahnya Ayda. Walaupun sakit, dia tetap bekerja demi peminat. Semoga cepat sembuh dan dimurahkan rezeki.

“Sekurang-kurangnya dia tidak mengecewakan peminat yang menunggu persembahannya. Doakan dia cepat sihat,” kata beberapa pengguna media sosial.

Sebelum ini, suami Ayda, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang masih dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak ketiga secara pembedahan.

Menurut Nabil, luka jahitan Ayda dilaporkan terbuka kira-kira sebulan selepas bersalin.

Jelasnya lagi, walaupun doktor pada awalnya tidak menyarankan jahitan tambahan kerana luka tersebut semakin pulih, Ayda tetap memilih untuk menjalani prosedur berkenaan demi menunaikan janjinya untuk bertemu peminat di Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN