Tidak gemar keluar, saya boleh duduk di rumah seminggu - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

Tidak gemar keluar, saya boleh duduk di rumah seminggu – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Datin Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi rutin hariannya sebagai seorang isteri, usahawan dan ibu kepada puteri tunggalnya, Lunara, yang lebih tertumpu kepada kehidupan berkeluarga di rumah.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan Najuwa, 29, memaklumkan dia lebih selesa menghabiskan masa di kediaman berbanding keluar melakukan aktiviti luar.

Menurutnya, rutin hariannya tidak banyak berubah dan kebanyakannya diisi dengan masa berkualiti bersama suami serta anaknya.

“Sejujurnya, saya tidak buat apa-apa yang terlalu istimewa. Saya lebih banyak berada di rumah kerana memang tidak gemar keluar.Saya boleh berada di rumah selama seminggu tanpa keluar dan hanya menikmati masa bersama suami serta Lunara,” katanya.

Pelakon drama Racun Rihanna itu turut mendedahkan suaminya mempunyai kecenderungan yang sama, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

“Suami saya juga seorang yang gemar berada di rumah. Mungkin juga dia tidak sampai hati meninggalkan saya dan Lunara bersendirian. Walaupun perlu bekerja di luar kawasan, dia akan memastikan pulang pada hari sama sebelum malam,” ujarnya.

Tambah Intan, sekiranya urusan kerja memerlukan suaminya bermalam di luar, mereka sekeluarga akan turut serta.

“Kalau benar-benar perlu bermalam, dia akan bawa kami bersama. Jadi, kami memang jenis yang suka duduk di rumah. Satu-satunya masa dia keluar adalah untuk bermain polo dan menunggang kuda,” jelasnya lagi.

Jelasnya, rutin harian mereka lebih tertumpu kepada kebersamaan sebagai sebuah keluarga, dengan keutamaan diberikan kepada masa berkualiti di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN